Saturday, August 7, 2010

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah....
Dlm beberapa hari mendatang kita akn mmasuki bulan ramadhan y diberkati 1431 H...
Marhaban yaa shahru mubarak,ramadhan selamat datang...!!!!

















Tuesday, August 3, 2010

Gadis paling cantik...

Gadis pling cntik??spe??aq ke??eh,ko ea??
sbenarnye,y ingin sy smpaikn adlah dri aspek y len..
hayatinye ea...


Jalan menuju kecantikan

Oleh : Dr. Hindun Abdullah
Penterjemah : Ust. Anwar Fakhri

Bunga atau mutiara?

Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: “Adakah anda bunga atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.

Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.
Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Kembalilah!

Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.

Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):


وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka...”
FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ

Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”

Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah,

kenapa anda tidak menutup aurat anda?

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!

Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman... daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah... yang bimbang hati anda menjadi gelap... yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan... meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia... Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku... Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”

Katakan tidak!

Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:

1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2.Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.
Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang... Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?


Bagaimana sepatutnya pakaian anda?

1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.


2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.
5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “... dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka...”

Anda di dalam syurga

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)

smoge kte dapat manfaat drpde input di atas..
kte perlahan-lahan mngamalkannye..
selamat beramal..
Allah Maha Mengetahui...

Bila isteri tak pandai masak...

kte same2 kongsi cerite santai nie...





Malangnya, masakan isteri Abu tak sedap langsung. Tiap kali pulang dari surau, si Abu ditanya oleh isterinya, "Abang, macammana masakan I? sedap tak.?" Itulah soalan yg kerap diterima setiap hari Isnin dan Khamis.

Si Abu berasa sangat terharu. Nak berterus terang yang kuehnya itu tak sedap, takut isterinya kecewa. Isterinya ni pula cepat merajuk dan susah pula nak dipujuk. Nak ditelan makanan tu dah tak boleh masuk.

Begitulah kisah suami di dalam dilemma.

Mengapa perkara ini boleh memeningkan kepala suami? Bagi suami yang mendapat isteri yang pandai memasak, rajin memasak, suka tengok orang makan masakannya dan cekap memasak untuk orang ramai, kita adalah suami yang beruntung.

Tetapi awas, jika kita seorang pendakwah, maka ini adalah ujian dan peluang yang jangan diabaikan daripada Allah SWT untuk kita bersama-sama dengan isteri yang mempunyai kemahiran ini, melakukan dakwah melalui jemputan makan-makan di rumah kita.

Kaedah pertama yang dilakukan oleh Baginda SAW berdakwah terhadap keluarga terdekatnya ialah menjemput mereka makan kenduri di rumah Baginda SAW.

Pastinya Saidatina Khadijah (rha) telah menyediakan yang sedap untuk mereka. Oleh itu, bantulah isteri ini dari segi persediaan memasak, menghidang dan membasuh pingan-mangkuk-periuk selepas program tersebut. Selalunya apabila isteri kita dah masak tu, kita take for granted yang dia juga pakar membasuh pinggan dan kuali-periuk. Maka kita tinggalkan dia bersendirian bertungkus lumus mengasah dan membasuh bakatnya disitu pula. Kesian dia.

Sudahlah dia letih memasak, basuh pinggan pun dia kena juga. Oleh itu, pujilah masakannya tadi dan bersama-samalah menyingsing lengan baju tu menggilap pinggan-mangkuk dengan sentuhan ajaib "axion".

Bagi suami yang ditakdirkan berjodoh dengan isteri yang tidak pandai memasak, apalagi tak tahu memasak jamuan untuk orang ramai, maka kita juga ada ujian dan peluang daripada Allah SWT untuk mendapat pahalaNya.

Secara tabiinya, isteri yang bersifat kelembutan itu, memang suka melayan suaminya dalam segala hal keperluan dan kehendak. Begitu juga memasak untuk suaminya. Memasak adalah satu kemahiran. Untuk mendapat kemahiran ini, seseorang itu memerlukan latihan psikomotor.

Kebanyakan isteri-isteri yang tidak pandai memasak ini adalah kerana mereka semasa remaja dulu tidak berpeluang mendapat kemahiran ini. Jika tingkatan 1 atau 4 telah mula tinggal di asrama yang biasanya memakan nasi kawah, pastinya tiada peluang untuk mereka mempelajarinya.

Begitu juga yang tinggal di rumah bersama emak. Kadang-kadang emak menyuruh anak perempuan ini menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ada juga yang mempunyai pembantu rumah yang menyebabkan anak-anak ini bertambah malas nak ke dapur.

Apabila dah bekerja, masa untuk belajar memasak telah digunakan untuk menguruskan hal-hal kerjaya di pejabat. Begitulah kesudahannya. Tak pandai memasak.

Walau bagaimanapun, isteri-isteri ni pandai pula memasak masakan moden (western dan continental) yang mereka pelajari dari sekolah dan rakan-rakan semasa menuntut di dalam atau/dan luar negara.

Ini adalah suatu kekuatan yang dia miliki. Oleh itu, suami yang mempunyai isteri yang tersebut di atas, kita hendaklah berterus terang secara hikmah. Jangan terlampau "direct" mengatakan masakannya tu tak sedap. Tetapi mencari waktu yang sesuai seperti bawa dia ke restoren yang sedap masakan.

Dan katakan kepadanya, "Yang! ingat lagi tak masakan tom yam semasa Yang masak untuk jamuan di surau minggu lepas, ada beza tak dengan yang ini?

Abang rasa dia bubuh sos sekian-sekian dan di tambah daun limau purut sekian sekian kot... mari kita tanya tukang masak tu.." Jika kita berbohong dengan mengatakan masakannya sedap, sampai bila pun dia tidak akan membaiki masakannya. Oleh itu, kaedah di atas adalah salah satu cara yang boleh di amalkan. Banyak lagi kaedah yang berhikmah.

Kedua, jika isteri kita ni amat berminat untuk memasak jamuan untuk orang-orang di surau sedangkan dia tak pandai, maka kita cadangkan kepadanya memasak masakan moden atau asing bagi kariah di surau tu.

Contohnya jika laksa adalah makanan tradisional utama di situ, maka jangan sekali-kali membenarkan isteri kita memasak laksa. Carilah masakan moden seperti nasi ayam atau mee sop. Atau gunakan perencah-perencah "instant" yang boleh didapati di kedai seperti rendang untuk di makan dengan nasi impit "segera".

Satu lagi peringatan untuk kita ialah, jika isteri kita orang Kelantan yang pakar memasak laksa kelantan sudah tentu tidak sedap kepada lidah suami yang berasal dari Johor. Begitu juga suami yang dah biasa dengan laksa Kuala Perlis, pasti tidak selera dengan laksa isteri dari Penang.

Dengan demikian, berusahalah sesama kita suami isteri mengorientasikan lidah masing-masing mengikut kesedapan masing-masing. Carilah masa hujung-hujung minggu bersama-sama isteri belajar memasak sama ada tradisional mau pun moden. Jadikan ia sebagai salah satu aktiviti rekreasi keluarga. Sama-samalah menilai masakan itu.

Jangan lupa ajak anak-anak perempuan kita bersama-sama ;menerokai bidang masakan ini. Supaya dia tidak menyalahkan ibunya kelak kerana tidak mengajarnya.

Akhir kalam, paradigma isteri pandai memasak ini akan pupus juga akhirnya dengan kedatangan budaya makanan segera, jamuan di restoren, industri katering masakan dan sindrom ketuhar mikro yang mendatang.

Allah Maha Mengetahui.wslm...

Love to heaven.....

Kisah ini dinukilkan berdasarkan kisah benar...
Sy ingin berkongsi bersama-sama pembace blog sy...
sama-sama kite hayatinye ea....


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat-empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ..... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar..."

Masih adakah lagi insan semulia Pak Suyatno di atas muka bumi ini?? Semoga Allah memuliakan dia dan meletakkan dia dalam kalangan insan yang beroleh rahmat Allah.


Begitula pengorbanan seorang suami terhadap isterinye y sakit lumpuh..semoge kte dapat pengajaran n input terhadap kisah tersebut ea..

Sunday, August 1, 2010

yummmmmyyyy....



Firstly,my mom ask to my sister to open website secret recipe... my dad da senyum2 da..aq mcm agk bluurr mse 2..aq eangt kn my mom sje je nk tgk2 menu kt website 2..
then,my mom say "kaq chik,ckp kt adeq2 sroh plih flavor kek y berkenan.mama,blanje kek ari nie"...dlm atie aq berteriak" yaaaaahooooo"...hehehe..(~today is my lucky day~)


aq pown cri la flavor y aq berkenan d atie..
bnyk sgt la flavor wt kn aq keliru..xtw y mne 1 nk plih..
lastly,i choose black forest cake..
i hope it is good choice 4 me..hehehe..
when,i open my cake box...
WOW!!!wow!!
x sbar2 aq nk mkn kek 2..
ooooppppssss!!!
jgn lupe ea cik aisya bce doa dlu....(~tnde syukur kpd-NYA)
hehehe...
base la..aq lw bab2 mkn nie mmg no 1..hahaha..
1 suapn...~~aq rse mcm kek coklet 2 mix with cheery segar je...ermmm..btol2 mantap..
xnyesal aq plih flavor tue..hehehe..

my sibling plih flavor y len dri aq..
bley tahan jgax rsenye..smuenye sdap2 belaka...

ps da abes mkn,aq says thnk u to my mom cz sudi blnje kami smue.. :v



~~nie rupe kek aq oder dlm menu~~




~~nie kek y aq da mkn~~
>_<

>bleh la 2..lbey krg sme la jgax kn antare pic dlm menu n dpan mte < okey2....ckup utk arie nie ea..tata..