Saturday, August 13, 2011

sayu hati ini...

Pagi tadi,semasa sahur time...hati ini tergerak ingin melihat handphone...eik,ad 2 message dari sahabat y begitu rapat dengan aku..penting agaknya message tersebut..lalu aku melihat pesanan ringkas tersebut..tibe2 aku telah dikejutkan dgn berita y sungguh menyanyatkan hati..tanpa diduga bonda tercinta kpd sahabat aku (khairul amira) y begitu rapat juga dengan aku telah kembali ke rahmatuaallah di bulan y sungguh mulia ini...~~innalilahirajiun....~~

A002
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).

A003
Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.

(surah al-an'am)

Pilu hati ini tatkala mmbace sahaje pesanan ringkas tersebut...tiba2 air mataku mengalir..agaknya Allah sahaje y Maha Mengetahui perasaan sahabat aku masa ini..bercampur baur..berat hati y merasa,berat lagi bahu y memikul berita tersebut..aku mengerti perasaan sahabatku itu..mungkin,die merasa macam tidak percaya sahaja pemergian bonda kesayangannya itu..manakan tidak,bondanya selama ini sihat sahaja..sihat walfiat..bondanya meninggal akibat kemalangan jalan raya yang mngakibatkan tempurung kepalanya pecah akibat daripada kejadian tersebut...kemalangan itu terjadi pada 12/3 selepas isya'...menurut sumber sahabat y lain,akk khairul amirah sungguh gembira bila ingin balik ke rumah..maklum la..duduk di kolej..lagi2 bulan ramadan..gembira hati ini tatkala ingin pulang ke rumah..berbuke dan bersahur dengan keluarga tercinta...

Tiba2 dikejutkan berita y sungguh mengejutkan ini...besar sungguh dugaan sahabat aku ini..mungkin,dia kuat orangnya sehingga menerima dugaan y sedemikian rupa...menurut my mom,hidup mati di tangan Allah..kita semua akan mati..tetapi tidak tahu bila ajal kita akan tiba..kita datang dari DIA dan pergi melalui DIA juga..


(METRO 13 OGOS 2011)





#pesanan buat sahabatku :bersabar la dengan setiap cabaran dan dugaan y menimpa kita..Allah lebih mngetahui disetiap apa y berlaku..mungkin disetiap dugaan y menimpa kita merupakan satu titik supaya kita lebih dekat lagi dengan Allah (beringat utk diri sendiri juga)..Allah mendengar disetiap keluhan hati kita ini...~~aminnn ..



Tuesday, August 9, 2011

selamat DATANG YA RAMADAN....~~


“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu”.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa”

(Riwayat Muslim)

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.

Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.

Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.


Rasulullah saw bersabda :

Ertinya : “Telah diberikan kepada umatku dibulan ramadhan lima perkara, yang belum pernah diberikan kepada seseorang nabi sebelumku :


1. Dipermulaan bulan ramadhan allah melihat kepada para umatku. Barang siapa allah melihat kepadamu, niscaya. Tidak diazabnya selamanya.

2. Bau mulut mereka diwaktu petang hari lebih wangi disisi allah dari bau kasturi.

3. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka disetiap hari dam malam.

4. Allah menyuruh kepada syurga-nya serta berkata kepadanya : bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hambaku. Mereka hampir beristirahat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-ku dan kemuliaan-ku.

5. Pada akhir malam bulan ramadhan, allah mengampuni semua dosa mereka.


Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.




Daripada hadis Rasullullah diatas dapat dinyatakan bahawa banyak keistimewaan dan kelebihan didalam bulan Ramadhan yang diberikan oleh ALLAH kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Sama ada kita hendak atau tidak untuk mengambil apa yang telah ALLAH beri kepada kita. Sama-samalah kita memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini. INSYA ALLAH.~~AMMINNNN....

Sunday, July 24, 2011

DURIAN OHHHH DURIAN.....

Semenjak kebelakangan ini durian sering di jual kebanyakkannya di tepi jalan raya...hai maklumla kn da musim durian..kalau bawa ke kolej aku nie....mak aiiiii....~~~baunye macam bawa 1 guni durian 2...last week,my mom bawa durian utk kongsi2 same kawan...this week,my mom suggested nk mkn durian dekat gerai durian 2 je...lw xelok isinye,boley mngadu....lgi satu,my mom tkutssss kereta berbau durian woooo....

so,destinasi kali nie adalah di batu pahat,JOHOR...misinye mencari gerai y menjual durian sahaje...(da mcm destinasi baget da~~)...kihx3..hampir 3 gerai dad aku tinjau...
finally,gerai ni menepati citerase parent aku....aku adeq beradeq senyum kegirangan...yaaahuuuu....~~~!!!dpt durian..(mcm xpernah mkn je kn~~~)..hahahaha...


~my dad leka mngupas buah durian~

~~yummm...yummm..sdap tu..~~




RASA KAMPUNG HOUSE......~~~




bertempat di Kampung Parit Botak (klau xsilap),BATU PAHAT,JOHOR......

~~BANGGA HATI INI ...~~~

Walaweeeeee..... tabik springgggsss pada Qari n Qariah kite (Malaysia) y diwakili qari Negeri Sembilan, Amirrahman Abas dan qariah dr Johor, Suraya Abu Hassan y telah menjadi Johan pada TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53 semalam......TAHNIAH bagi penang ea...

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 y telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra bermula Sabtu ini, 16 Julai 2011 hingga 23 Julai 2011. Seramai 81 peserta dari 50 negara akan mengambil bahagian iaitu 50 qari dan 31 qariah.

Majlis tilawah y berlangsung selama 8 mlm ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"y telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin...

Johan tilawah akn membawa pulang sebuah piala iringan, wang tunai sebanyak RM32,200 beserta cenderamata dan Sijil Penyertaan, Naib Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai berjumlah RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan. Bagi tempat ketiga pula Qari dan Qariah akan menerima wang tunai sebanyak RM 13,600, cenderamata dan juga sijil penyertaan. Selain itu, hadiah sagu hati kepada setiap penyertaan adalah berupa wang tunai berjumlah RM 4,800, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta...



Pemenang Qari:
Johan- 89.26 Amirahman Hj Abas Malaysia
Naib Johan- 88.67 Mohamad Saudi Gandisa Filipina
Ketiga- 87.88 Abdel Bast Mohamed Mesir

Pemenang Qariah:
Johan- 88.33 Hjh Suraya Binti Abu Hassan Malaysia
Naib Johan-88.30 Hajjah Noor Khalidah Kaspul Anwar Indonesia
Ketiga-86.17 Nur Azizah Bt Solichin Singapura



BACAAN JOHAN QARI










BACAAN JOHAN QARIAH







#TAHNIAH kpd pemenang n peserta y mnyertai TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53....semoga pnyertaan akan datang akan bertambah demi memartabatkan Al-quran sebagai mujizat umat Islam....Amiiiiinnnnn Ya Robbil'alamin...~~

Tuesday, July 19, 2011

ILMU INDAH JIKA DIMILIKI...~~



Okey..entry aku kali ini adalah mngenai kitab "kawaid al-lughoh arabiah"..
Aku cari punye cari...rupenye kitab ini jual di Mesir....atoooiiiiiii.....~~~
itu pown bertanyakn kepada pensyarah aku last week...
(~~dlm atie:ptot la xjmpe kitabnye...~~~)

~kitab asal pinjam dari maktabah~

so,aku ambil conclusion....utk photocopy je r..aku nie mmg mlas lw nk photocopy kt maktabah 2..lagi2,aku nie jenis xreti nk use alat 2 sbenarnye..pada dasarnye aku mmg malas..hehehe..fikir punye fikir...**ting..tingg..
apa lagi..aku capai telefon bimbit aku y di atas meja lalu aku menelefon buah hati intan payung aku..(~my mom my superrrrwomannn~)..
so,my mom pown datang into my college...kebetulan mase tu aku mmg xde kelas..aku bersyukur sgt2..sbb Allah Maha Mendengar keluhan di hati aku ini..mekaseh Ya Allah..aku bersyukur atas nikmatMu y telah Kamu turunkan kpd hambaMu y khilaf ini...


my mom suggested photocopy dekat UTM je sbb dekat dengan tempat my mom bkerja..lagi pown tbe2 je bos my mom call..ad urgent meeting..jadinye,my mom tngglkn aku dekat kedai photocopy and aku tnggu my mom abes meeting baru aku boleh kembali ke kolej aku..



Sementara aku mnunggu my mom ambil aku,aku baca buku mngenai feqh muamalat...my b,next week aku kne present bab tsebut..sementara baca,tbe2 tekak aku nie perit pula..terase ingin minum n makan somethng y ringan...aku pown singgah dekat cafe y berhampiran...selepas itu,my mom call nk hantar aku kembali ke kolej...hati berbunge-bunge bila buku y dicari sudah siap photocopy...alhmdulillah...syukur...>_<
~kitab y sudah di photocopy~





Duhai sang hati yang bernama makhluk di muka bumi ini

Gejolak yang membuncah memenuhi dada ini…
Bersama asa yang rindu mendalam…
Dari hamba yang berlumur dosa dan kealpaan…
Berharap dapat bersua dengan-Mu…
Wahai Rabbul`alamiin…

Dengan taubat ku berharap…
Kuatkan jiwa ini mendatanginya…
Kokohkan langkah kaki ini menempuhnya…
Azzamkan niat ini dalam mencapainya…
Ikhlaskan hati ini menjalaninya…

Aku rindu…aku rindu…aku rindu…
Rindu berjumpa dengan-Mu dalam SYAHADAH…
Rindu bersua dengan-Mu dalam IMAN…
Rindu bersama-Mu dalam TAUHID…
Rindu indahnya hidup dalam naungan redha-Mu…
Syariat ISLAM…Daulah ISLAM…Khilafah ISLAM

Duhai Allah yang tiada sekutu bagi-Mu…
Hantarkanlah kerinduanku ini…
Mudahkanlah…
Lapangkanlah…
Tuk raih cita-cita…
KEMULIAAN HIDUP DALAM ISLAM, ATAU
KESYAHIDAN DALAM PERJUANGAN

Aku berharap termasuk yang Kau hantarkan….
Redhai dan kabulkanlah…
Amien ya Alloh, ya Rabbal`alamiin…




Monday, July 18, 2011

Panduan Pemakan Bersyariat...~~~


Islam sebagai agama luhur bukan setakat mengajar umatnya mengenai amalan ibadah semata-mata, sebaliknya Islam melengkapi segenap lapangan kehidupan manusia. Apa saja gerak kerja telah disediakan panduan lengkap, padat dan penuh berhikmah buat manusia. Hal itu termasuk dalam aspek gaya pemakanan.

Mengapa Islam turut memberi penekanan soal pemakanan? Di sini kita sewajarnya menelusuri sirah perjalanan Nabi s.a.w yang sentiasa mempamerkan jalur penghidupan terbaik yang mengajar umatnya bagaimana etika makan dan minum. Inilah yang dikatakan Islam bersifat universal dan menyeluruh.

Misalnya, dalam satu peringatan Allah berfirman, “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (Maksud Surah al-Baqarah ayat 168).

Ayat ini suatu panduan proaktif dalam membina kekuatan jasmani, emosi dan rohani manusia yang murni. Makanan halal lagi baik menjadi teras dalam ajaran Islam yang bukan semata-mata menjaga kelangsungan sihatnya jasmani, tetapi juga akan memercikkan kesihatan jiwa dan hati.

Malah, Islam meletakkan kebersihan dan kesempurnaan adab dan aturan pemakanan sebagai satu prasyarat dimakbulnya doa oleh Allah. Mukmin yang sentiasa memenuhkan perutnya dengan sumber makanan haram bukan saja dilarang Allah, tetapi segala munajat doanya tidak diperkenankan Allah.

Dalam satu kisah yang diceritakan Ibnu Mardawaih yang diperoleh daripada Ibnu Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, iaitu Saad Ibn Abu Waqqas memohon kepada Rasulullah supaya Baginda memohon kepada Allah agar dikabulkan segala doanya.

Berkata Rasulullah kepada Saad, “Wahai Saad. Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya daripada harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”

Justeru, melalui kisah tersebut nyatalah Islam sangat memberikan penekanan kepada aspek pemakanan dengan mengajak seluruh umatnya supaya berhati-hati memilih makanan serta menjauhi sumber haram.

Islam juga menekankan kepada gaya pemakanan yang bercorak sederhana dan tidak melampau. Menurut Imam Al-Ghazali terdapat enam sifat tercela yang berlaku akibat pola pemakanan yang melampau atau berlebihan. Kata beliau, antaranya timbul sikap malas untuk beribadah kepada Allah, tidak memberi tindak balas apabila mendengar perkataan yang penuh hikmah, apabila menyampaikan nasihat dan hikmah, maka penyampaiannya itu tidak menyentuh hati ramai orang. Yang paling penting kata Imam Al-Ghazali ialah akan menimbulkan banyak penyakit.

Demikian impak negatif daripada budaya pemakanan berlebihan. Kerana faktor itulah Islam menunjukkan jalan yang penuh berinti pati pencegahan, iaitu dengan mengamalkan pola pemakanan seimbang dan sederhana.

Dalam dunia serba moden, kita sentiasa disajikan di depan mata dengan aneka menu yang menyelerakan sehingga ada kalanya kita terlupa segala pesanan Rasulullah dan peringatan Allah agar bersederhana dalam makan dan minum.

Semua yang dilarang Allah mempunyai hikmah bermanfaat buat umat. Misalnya, Allah berfirman, “Makan dan minumlah kamu, jangan melampaui batas.” (Maksud Surah Al-A’raf ayat 31). Dalam ayat ini, Allah memerintahkan kita agar tidak melampau dalam aspek makan minum. Dengan erti kata lain, seseorang mukmin perlu bersederhana dan tidak mengikut nafsu.

Peringatan Allah supaya kita tidak berlebih-lebihan dalam makan minum ditinjau daripada perspektif sains kesihatan sememangnya menepati kehendak piawai sains moden. Terangkum padat dalam arahan Allah itu kemanfaatan buat umat manusia yang memelihara kualiti kesihatan fizikal dan mental.

Mari kita hayati sejenak apa yang pernah Nabi Daud wasiatkan. Katanya, “Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, ia seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dilihat oleh orang yang sakit.”

Bagaimana saudaraku yang dirahmati Allah? Betul atau tidak apa yang dikatakan Nabi Daud itu?

Sudah tentu kita bersetuju 100 peratus apa yang diluahkan baginda itu, tetapi memahami saja tidak mencukupi. Kita seharusnya menghayatinya dalam amalan kehidupan seharian.

Dr Adi Hashman, penulis buku ‘Mengapa Rasulullah s.a.w Tidak Sakit’ ada mengatakan dalam karyanya bahawa status kesihatan individu dipengaruhi makanan. Katanya lagi, faktor ini penting kerana menjadi faktor yang dapat dikendali dan dikawal. Orang yang memiliki prinsip ‘hidup untuk makan’ sebenarnya mempercepatkan ajal seperti menggali kubur dengan giginya sendiri.

Pelbagai penyakit muncul pada era moden ini berkaitan pola makan yang berlebihan serta sistem pemilihan makanan yang tidak betul atau makan dengan kekerapan tidak teratur.

Pada zaman Rasulullah terdapat seorang tabib atau doktor yang mendalami ilmu perubatan Galenik iaitu Haris Ibnu Kaladah dan beliau merumuskan ‘Perut itu punca segala penyakit.’ Manakala Rasulullah sendiri ada mengatakan, “Perut itu gudang penyakit.” (Hadis riwayat Muslim).

Jadi, untuk memastikan kualiti kesihatan jasmani dan emosi kita berada pada tahap berpiawai tinggi seharusnya kita menyusuri panduan yang diperturunkan Rasulullah khususnya dalam aspek pemakanan itu.


Allahualam....