Thursday, October 13, 2011

Trip ke PENANG...~~~coretan ringkas tetapi membawa SERIBU makna

13OKTOBER
11.00 P.M. - 12.OO A.M.
-fuhhhh...~~~finally,hari y ditunggu..aku pergi ke penang...tiket flight 12.00 a.m..so,kne stanby ad kt sana dlm pkul 11.00 p.m...
sampi di penang dlm pkul 1.00 a.m...mengambil masa dlm 1 jam sahaja dr Airport Senai,Johor ke Airport,Penang...
-di Penang:stay umah aunty shitah (kwn lama mom aku) di Tmn Braun..





14 OKTOBER

10.30 A.M
-Selepas usai sarapan,kami (aku,mak aku n adeq aku y last)bersiap-siap ingin menaiki "ferry" pula..dari rumah aunty shitah ke jeti hanya 30 mnit sahaje..

11.30 A.M.
-Sebelum kami mnaiki "ferry",kami lunch di Tanjung Cafe y berhampiran dengan jeti tersebut..
pantang btul perut aku nie kalau jumpa tempat mkn...asek nk mkn je..hahahaha...>_<



1.00 P.M.
-Kami menaiki "ferry" dibawah sang matahari y pnas terik..xdpat aku gambarkan betapa panas teriknye hari itu..hati ini tidak sabar sampi ke seberang sana 2..hanya bertawakal sahaje la..peluh mula membasahi tubuhku ini...mujurla ad angin laut y sepoi-sepoi meniup..terase sedikit tenang..



4.00 P.M.
-Kami tibe di rumah tamu USM y telah disediakan oleh aunty asmah..(kwn baek mom aku juga) ..
Usai solat jama',kami pown rehat sepuas-puasnye...aku rebah kn tubuhku ini di atas katil y empuk selepas usai mmbersihkan badan...hanye Allah sahaje y tahu betapa penatnye tubuhku ini..

#nnt solat magrib n isya' jangan tinggal...hehehehe




15 OKTOBER

9.00 A.M.
-Hari ini "wedding" ank perempuan sulong aunty asmah y bertempat di dalam USM..aunty asmah la y beria sangat ajak mom aku dtg ke sini..sekali gus,mom aku boleh jumpa kwn2 lama mom aku semasa study kt UITM dulu...mcm reunion kecil la kata kn..hehehe...
-pagi2 lagi,aunty asmah da bg message kt mom aku...die suruh mom aku sarapan kt dlm USM je..sebab die da sediakan makanan kt situ da..so,xpayah la mom aku nk cari makanan kt luar USM..bknnye ap,mom aku takut sesat pula nnt...da jadi 1 hal pula kn..hehehehe..


11.00 A.M.
-Usai sarapan,mom aku suggested nk terus g kt kenduri aunty asmah terus..mom aku nk tolong mne ada y terkurang la kan..nseb baik aku bawa baju kurung "spare" kt dalam beg..xde la aku nk pergi tukar bju..
-nampaknye semunye berjalan lancar..xperlu mom aku tolong apa2 lg.."perfect"~~~~..
jadi,aku pown "take some picture" sebagai kenangan y begitu berharga buat diriku ini...hehehehe..


~di depan pelamin..nk naek,tkut roboh pula nnt..~~hahahaha
~di hadapan pintu dewan~

11.30 A.M.
-Kelihatan tetamu y hadir telah menjamu selera...aku bergegas di bilik persalinan pakaian kerana ingin tukar baju kurung..mujur la,baju kurung aku ini tidak perlu "iron"..kalau tidak,segan juga aku pakai pkaian y tidak ber"iron"...macam selekeh pown ad juga nnt..hehehe..
#mom aku rancak berbual dengan teman lamenye y sudah lama tidak ketemu..aku biarkan sahaje...malas nak masuk campur..hehehehe..



4.00 P.M
-Tiba-tiba sahaja kwn-kwn mom aku ajak pergi Kedah..melihatsarang burung walid disana...tidak ku duga,aku dapat melihat sarang burung tersebut...kami pown bersiap-siap ingin ke sana..
7.00 A.M
-Tiba disini agak lewat,kerana kami singgah di R&R utk solat seketika..aunty shima y mngetuai rombongan kami ini..sbb aunty shima y punye bisnes sarang burung ini..



~dari luar bangunan~
~sarang sebelum dibersihkan~
~sarang burung tengah dibersihkan ~
~sarang burung y telah dibersihkan~
~"try"minum air sarang burung walid..not bad la..sdappp..~~


9.00P.M.
-Selepas melawat sarang burung walid tersebut,kami "dinner" di Restoren Langkasuka..aunty fish (kwn mom aku juga) y belanja kami semua makan di sini..
#nnt aku terangkan mengenai Restoren Langkasuka next entry ea..

12.00 P.M.
-Selepas borak-borak kami semua pown pulang..aku ngn mom aku stay rumah aunty shima...tbe je di rumah aunty shima,aku bersihkan badan terus tidur diulit mimpi2 indah..esk aku da kena balek Johor da..






Saturday, October 8, 2011

DO NOT WASTE TIME.....~~


~~kegembiraan y sukar digambarkan bersama kaum keluarga....~~


Do not waste time..~~~!!
nie la tjuk enry aku kali ini...hidup aku kali ini sangat "buzy" sebagai seorang penuntut ilmu yang mencari ilmu y hakiki dan diredhai-NYA...
minggu nie aku kne buat persiapan utk menduduki "final exam"...y bermula pada minggu depannye..
pada minggu ini juga,aku kena pergi ke penang kerana ada urusan silaturrahim....
makkk aiii...mcm mne ea aku nk bhagikan mase aku antare urusan di penang dengan nk prepare utk final exam...???~~~
hanya Allah sahaje y Maha Mengetahui apa y berlaku pada hambanya y lemah ini...
bkan niat dihati nk merungut ap y telah ditetapkn oleh-Nya..cume ingin mmberi semangat kepada hati dan diri ini supaye teruskan hidup...jgan mudah ptus asa...di setiap dugaan n cabaran y terjadi kte mampu laluinye kerana Allah ada disamping kita n mengetahui nawaitu kita...

Pde mnggu nie aq bley la focus kn pada study aku krane aq g penang pada hari khamis..e2 pown flight aku pada pkul 12.00 tghari...sempat la aku selak2 buku lg...
aku pulang ke jb pada hari selasa minggu depannye dan terus insyaallah petangnya aku menduduki peperiksaan...Ya Allah semoge aku diberi kekuatan dan kesihatan dalam menduduki final exam ni ea..serta hati y tenang ketika menjawab soalan....~~Ammminnnn Ya ROBB...
>_<



A003
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

(surah al-mulk)

Thursday, September 1, 2011

Tuesday, August 30, 2011

RAGAM RAYE 2011....~~~

Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun bahawe kami akan beraye di Terengganu...ini kerana,my parent berasal dari sane tapi bekerja di Johor Bahru...(~~jauhkan antara rumah aku dengan kampung aku~~)..hehehehe..
This year raye,berlainan sedikit..sayu je bila terkenang arwah..sbab nenek belah my mom sudah kembali ke rahmatuaallah pd bln 4..kebiasaannye hari raye pertama,kami akan beraye di Dungun iaitu kampung halaman belah my mom..pada hari raye ke-2,baru kami akan beraye di Kerteh iaitu kampung halaman belah my dad pula..Jadi,pada tahun nie...hari raye pertama dan seterusnye,kami beraye di Kerteh sahaje..mungkin disetiap apa y terjadi,tcalit beribu hikmah y kadang2 kita tidak sedar...apa2 pun Allah Maha Mengetahui kehendak hamba-Nya...

~suasana beraye di Kerteh~



~mana satu adik n abg...???~~



55:63

So which of the favors of your Lord would you deny?

Wednesday, August 24, 2011

RESTOREN ANGGUN.....


~view dr hadapan restoren~


24 OGOS 2010

Pada sisa2 ramadan kali ini,aku berkesempatan berbuke puase bersama-sama sahabat n teman sekuliah y happening...sebelum nie kami hanye mampu merancang...aku eangt kn xjadi "iftar" pada kali ini...maklum la,teman sekuliah aku ad y dari Thailand ingin pulang ke kampung halaman pada hari tersebut....so,the conclusion nye....kami bungkuskan makanan bersama minuman pada teman kami dr seberang itu..supaye mereka senang dapat berbuke puase di dalam 'train'...
alhmdulillah..segalanye berjalan lancar...kami mampu merancang...Allah y Maha Mengetahui
kehendak hambanya..




~suasana di kawasan dalam restoren~

~kawasan luar restoren~




ermm...kami tibe di Restoren Anggun hampir pkul 6.45 petang...kami dduk sementare menunggu teman2 y lain y belum tibe...aku sempat la meninjau2 keadaan di restoren tersebut..tempatnye nice...bersih n selesa..sesuai bersantai bersama keluarga..hehehehe..selain itu,kemudahan wifi pown turut disediakan...jadi,sesuailah jika sesiapa ingin mentelaah pelajaran or ad urusan kerja....>_<
kami berbuke puase,bila azan sudah berkumandang....~~alhamdulliah...diberi kesempatan berbuke bersama-sama..y dpt mngeratkan lg silaturrahim sesama muslim..



Tuesday, August 23, 2011

IFTAR KOLEJ MENGERATKAN SILATURRAHIM...~~

Pade minggu terakhir Ramadan...

Alhamdulillah...dengan keberkatan@ barakah bln y mulia nie aku berkesempatan khatam Quran dan berbuke bersama-sama teman sekuliah...sudah memang men
jadi satu kewajipan pihak kolej mengadakan khatam Quran dan berbuke puase bersama-sama setiap tahun...tujuannya agar kita dapat merapatkan silaturrahim dan ukhuwah y terjalin dengan lebih akrab dan mesra sekali...~~~

~keakraban terserlah dikalangan teman2 sekolej walaupun ada yang berlainan "course"~



~makan dalam dulang sudah menjadi trend bila kami berbuke puase beramai-ramai~
supaya wujudnye kemesraan apabila mkn bersama-sama


~nikmatnye berbuke puase bersama-sama~

NIKMAT BERBUKA PUASA

Sabda Rasulullah SAW :

“...Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan (iaitu) kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya...” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak (iaitu) pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka, dan do’a orang yang dizalimi.” (Riwayat Tirmidzi )

Friday, August 19, 2011

10 Malam Terakhir sudah menjengah...~~~

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya.

Pilu rase hati ini dek terkenang ramadan yang bakal ke penghujungnya..

rasa baru macam semalam je memulakan ibadah puase ini...

tibe2 sudah dekat ke penghujungnya...Ya Allah..

Wahai muslimin dan muslimat sekalian,Wahai sahabatku yang disayangi.... ~~~

rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Yang menjadikan 10 malam terakhir Ramadhan kali ini amat dikejari adalah kewujudan Lailatul Qadr. Satu malam yang istimewanya melebihi 1000 bulan. Ia bukannya sama dengan seribu bulan. Tetapi jauh lebih baik lagi.

Allah SWT sendiri mengisytiharkan sedemikian dalam firmanNya:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5.

Ini menyebabkan ramai yang teruja dengan Lailatul Qadr. Hendak ibadahnya dikira seakan-akan dia beribadah lebih dari 1000 bulan. Hendakkan dirinya terampun dan sebagainya.

Tetapi, bila dilihat-lihat kembali, seakan wujud satu lawak @satu jenaka di dalam hal Lailatul Qadr bagi masyarakat orang kita...


Lailatul Qadr kamu, Lailatul Qadr aku jua

“Semalam Lailatul Qadr la”

“Eh, mana ada. Seingat aku dua hari lepas la”

“Ya Allah, sungguh, aku nampak tanda-tandanya”

“Mustahil lah. Dua hari lepas tu aku nampak tanda-tandanya, jelas sangat”

Mungkin ini antara perbualan yang anda akan dengari sekiranya anda kaki mendengar perbualan orang. Saya apabila mendengar perbualan ini dari rakan-rakan saya, saya hanya tersengih sahaja...(dalam hati ni ada kalanya gela kecil juga)...

Boleh pula seorang kata lailatul qadr malam ini dan seorang lagi kata dua hari lepas. Mengapa ya?

Jawapannya mudah, seorang bangun qiamullail malam tadi, manakala seorang lagi bangun qiamullail dua hari lepas. Sedangkan pada dua hari lepas, yang berqiamullail hari ini tidak bangun, manakala pada hari ini, yang berqiamullail dua hari lepas tidak bangun.

Maka jadilah lailatul qadr kamu, dan lailatul qadr aku jua.

Masing-masing nak mengaku dirinya mendapat lailatul qadr, pada hari dia bangun.

Mencari, bukan menunggu

Rasulullah SAW dalam mengejar Lailatul Qadr telah menyatakan dengan jelas di dalam sabda baginda:

“Carilah Malam Al-Qadr itu pada malam ganjil ketika 10 malam terakhir” Hadith Sohih riwayat Bukhari.

Rasulullah SAW dengan terang dan jelas menyatakan: “Carilah”

Tiada perkataan ‘menanti’ atau ‘menunggu’ atau mana-mana yang sekaum dengannya.

Dan mencari ini adalah bukan dengan ‘menunggu’ petanda pelik-pelik seperti pokok sujud, langit terang, dan sebagainya. Mencari di sini adalah dengan kita bersungguh-sungguh mengisi 10 malam terakhir itu dengan ibadah kepada Allah SWT.

Hikmah disembunyikan Lailatul Qadr

Apakah hikmahnya Allah SWT menyembunyikan malam yang hebat penuh barakah ini? Yang Rasulullah SAW sabdakan sebagai:

“Barangsiapa yang mendirikan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira, nescaya akan diampunkan buatnya segala dosanya” Hadith riwayat Bukhari.

Hikmahnya adalah tersembunyi di dalam ayat berikut:

“Adalah untuk melihat, di manakah antara kamu yang terbaik amalannya” Surah Al-Mulk ayat 2.

Lailatul Qadr bukanlah untuk mereka yang bermalas-malasan dan bermain-main dalam beribadah kepada Allah SWT. Bukan untuk mereka yang seakan-akan menanti durian runtuh sambil bergoyang kaki, menanti keampunan Allah dengan sambil lewa. Bukan dan bukan.

Lailatul Qadr adalah rezeki daripada Allah SWT yang diberikan hanya kepada mereka yang berusaha.

Anda bayangkan, bagi mereka yang mendirikan kesepuluh-sepuluh malam terakhir, apakah ada kemungkinan mereka akan terlepas Lailatul Qadr?

Semestinya tidak.

Tetapi untuk yang lip lap lip lap?(macam lampu kelip2 y dipasang diluar rumah pada malam hari)

Banyak lompong untuk Lailatul Qadr bolos dari pelukan mereka.

Ternyata, Lailatul Qadr hanya untuk hamba Allah yang benar-benar bersungguh berusaha.

Jangan bermimpi hendak mendapatkan syurga dengan bermain-main

Dan perkara ini jelas menunjukkan kepada kita betapa perkara besar seperti keampunan Allah, rahmatNya, syurgaNya, malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bukanlah perkara yang kita boleh dapat dengan bernasib baik seakan-akan bermain loteri.

Tiada orang akan mendapat syurga dengan bermain-main.

Semua mendapatkannya dengan kesungguhan.

Begitulah mahalnya Al-Qadr.

Tidakkah kita memahami?

Dan untuk mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh

“Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi mungkin nanti malam lailatul qadr tu tertidur ke, kan sia-sia juga”

Mungkin sebahagian kita bagi alasan begitu pula.

Tak mengapa. Terlepas pun tak mengapa kalau kita dah sungguh-sungguh dari awal. Pada saya, orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh. Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah lailatul qadr, mengharap redha malam itu kepadanya.

Dan jangan kita pandang enteng rahmat Allah SWT kepada orang yang berusaha mendekati-Nya dengan bersungguh-sungguh. Saya tak pernah rasa, bahawa Allah SWT akan mesia-siakan hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh itu. Orang yang bersungguh-sungguh ini, pastinya Allah akan berikan yang terbaik untuk-Nya.

Kalau tak dapat lailatul qadr, tapi dapat redha Allah, dapat pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira kemenangan?

Kalau dapat lailatul qadr, tapi kemudian tetap jadi manusia ingkar, tak ikut peraturan yang Allah tetapkan, maka apakah yang besarnya? Pahala lebih dari 1000 bulan itu, kemungkinan akan susut dengan sikap suka mengumpat, dengan dosa-dosa, dengan menganiaya orang lain dan sebagainya. Dapat lailatul qadr, lepas tak bangun dah qiam pada malam-malam lain. Adakah itu kemenangan?

Sedangkan, kita semua faham bahawa bukanlah lailatul qadr itu yang memberikan pahala. Allah jugalah yang memberikan pahala kepada kita.

Penutup: Ramadhan masih belum berakhir

Ramadhan masih belum berakhir. 10 malam terakhir masih belum tamat.

Hidupnya kita lagi pada hari ini tanda Allah masih memberikan peluang kepada kita.

Maka sepatutnya kita tunjukkan kesyukuran kita dengan serius mempertingkatkan amalan.

Apakah kita tidak beriman dengan ayatNya?

“Sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan(nikmat pemberianKu)” Surah Ibrahim ayat 7.

Jadi bergeraklah wahai hamba Allah.

Bergerak merembat segala peluang yang Dia wujudkan untuk kamu hambaNya.

Selagi waktu dan nyawa masih ada pada kita.

Kita yang menentukannya....

Semoga ramadan kita kali ini menjadi ramadan yang lebih baik daripada ramadan sebelumnya...aminnnnn...~~subhana Ya Robb..