Friday, June 4, 2010

Kesan terhadap rawatan kemoterapi

Panahan kemoterapi...


Rawatan kemoterapi merupakan rawatan ke atas penyakit dengan menggunakan bahan kimia. Rawatan ini bertujuan untuk membunuh sel-sel yang rosak termasuk sel-sel yang baik untuk badan. Rawatan kemoterapi adalah spesifik untuk mikroorganisma dan sel kanser tumor. Konsep kemoterapi adalah biasanya untuk membunuh sel yang membahagi secara tidak normal contohnya sel kanser.

Namun, dalam masa yang sama ia akan membahayakan sel yang membahagi secara normal. Antara jenis bahan atau agen yang digunakan dalam rawatan kemoterapi adalah:

1) Agen Alkilat (Alkylating Agent) Fungsinya adalah untuk penambahan kumpulan alkil terhadap kumpulan elektronegatif dalam sel. Antara contoh-contoh agen ialah Cisplatin, Carboplatin dan Oxaplatin. Agen ini juga akan mengubah sel DNA

2) Anti Metabolites Antara contohnya ialah purine dan pyramidine. Tujuannya adalah untuk pembinaan blok terhadap DNA. Ia akan menghalang bahan-bahan daripada menjejaskan DNA dan dalam masa yang sama akan menghentikan pembangunan normal dan pembahagian sel.

3) Plant Alkaloid dan Terpenoid Antara contoh-contohnya ialah Vinca alkaloid dan texanes. Fungsinya adalah untuk melindungi fungsi mikrotubule (amat penting dalam pembahagian sel)

4) Padophyllotoxin Ia bertujuan untuk membantu penghadaman dan menghalang sel daripada memasuki fasa G1(permulaan replika DNA) dan fasa S.

Namun, rawatan kemoterapi mendatangkan kesan sampingan terhadap pesakit. Antaranya ialah: -Kurang penghasilan sel darah (myelosuppression)

-Keradangan penghadaman(mucositis)
-Keguguran rambut(alopicia)
-kesakitan
-kering mulut
-hilang berat badan
-muntah

Dalam masa yang sama, mungkin akan terjadi kerosakan organ seperti:
-Jantung(cardiotoxicity)
-Hati (Hepatotoxicity)
-Buah pinggang (Nephrotoxicity)
-Dalaman telinga (Ototoxicity)






Kelebihan roselle



Roselle
(hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.







Roselle tumbuh meliar dengan banyaknya di Sudan. Antara kelebihan Roselle adalah :

1. Anti-penuaan (anti-aging)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

2. Pencegahan penyakit kardiovaskular
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai ‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL1 menebal di arteri2 menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakit arteriosklerosis3 dan trombosis4 yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegahan kanser
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kanser ‘gastrointestinal’. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.

4. Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuat penjaram5, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda, khasnya anak-anak.

5. Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plus menambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.

6. Stress atau sukar tidur (insomnia)
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.



Kesan matahari pada mata

Hot info !!!







Tahukah anda, mendedahkan mata kepada cahaya matahari tanpa pelindung mata yang sesuai boleh menyebabkan beberapa perkara berikut berlaku :

* Kerosakan fotokimia kepada penerima cahaya dalam mata

* Menyebabkan lapisan sensitif dalam mata terbakar tanpa disedari

* Kerosakan pada hujung saraf

* Kanta mata bertukar menjadi kabur (katarak)

Kesan ini terjadi bukan saja disebabkan cahaya boleh nampak, misalnya dari matahari, tetapi juga dari cahaya tidak boleh nampak (tenaga) seperti Infra Merah (IR) dan Ultra Ungu (UV).

Cahaya UV boleh menyebabkan katarak dan ‘sunburn’ (kesan pada kulit disebabkan panas matahari). IR pula boleh merosakkan tisu kanta mata dan kesannya mata akan menjadi kabur.

Kerosakan mata yang dialami kesannya akan dapat dirasakan beberapa jam kemudian, antaranya mata mula berasa pedih, berair dan menjadi kabur.

Tahap kerosakan mata seseorang yang melihat matahari tanpa alat pelindung bergantung selama mana pendedahannya kepada cahaya berkenaan.



Oleh kerana itu, ada dua kaedah untuk melihat atau mencerap matahari, iaitu menggunakan penuras yang direka khas seperti Polyster atau Cermin Questar serta pancaran dari teleskop/binokular atau cermin kecil

Khasiat tembikai

yummy!!!!


Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.









Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.



Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.

So,mkn n hargai la buah tempatan kte..
slamat menjamu slera...^_^


Tuesday, June 1, 2010

Dengan sehelai risalah

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

ALLAHUAKBAR!

Wassallam



Renung-renungkan dan Selamat beramal.....
.