Sunday, July 24, 2011
DURIAN OHHHH DURIAN.....
so,destinasi kali nie adalah di batu pahat,JOHOR...misinye mencari gerai y menjual durian sahaje...(da mcm destinasi baget da~~)...kihx3..hampir 3 gerai dad aku tinjau...
finally,gerai ni menepati citerase parent aku....aku adeq beradeq senyum kegirangan...yaaahuuuu....~~~!!!dpt durian..(mcm xpernah mkn je kn~~~)..hahahaha...
~~BANGGA HATI INI ...~~~
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 y telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra bermula Sabtu ini, 16 Julai 2011 hingga 23 Julai 2011. Seramai 81 peserta dari 50 negara akan mengambil bahagian iaitu 50 qari dan 31 qariah.
Majlis tilawah y berlangsung selama 8 mlm ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"y telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin...
Johan tilawah akn membawa pulang sebuah piala iringan, wang tunai sebanyak RM32,200 beserta cenderamata dan Sijil Penyertaan, Naib Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai berjumlah RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan. Bagi tempat ketiga pula Qari dan Qariah akan menerima wang tunai sebanyak RM 13,600, cenderamata dan juga sijil penyertaan. Selain itu, hadiah sagu hati kepada setiap penyertaan adalah berupa wang tunai berjumlah RM 4,800, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta...
BACAAN JOHAN QARI
#TAHNIAH kpd pemenang n peserta y mnyertai TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53....semoga pnyertaan akan datang akan bertambah demi memartabatkan Al-quran sebagai mujizat umat Islam....Amiiiiinnnnn Ya Robbil'alamin...~~
Tuesday, July 19, 2011
ILMU INDAH JIKA DIMILIKI...~~
Okey..entry aku kali ini adalah mngenai kitab "kawaid al-lughoh arabiah"..
Aku cari punye cari...rupenye kitab ini jual di Mesir....atoooiiiiiii.....~~~
itu pown bertanyakn kepada pensyarah aku last week...
(~~dlm atie:ptot la xjmpe kitabnye...~~~)
so,aku ambil conclusion....utk photocopy je r..aku nie mmg mlas lw nk photocopy kt maktabah 2..lagi2,aku nie jenis xreti nk use alat 2 sbenarnye..pada dasarnye aku mmg malas..hehehe..fikir punye fikir...**ting..tingg..
apa lagi..aku capai telefon bimbit aku y di atas meja lalu aku menelefon buah hati intan payung aku..(~my mom my superrrrwomannn~)..
so,my mom pown datang into my college...kebetulan mase tu aku mmg xde kelas..aku bersyukur sgt2..sbb Allah Maha Mendengar keluhan di hati aku ini..mekaseh Ya Allah..aku bersyukur atas nikmatMu y telah Kamu turunkan kpd hambaMu y khilaf ini...
my mom suggested photocopy dekat UTM je sbb dekat dengan tempat my mom bkerja..lagi pown tbe2 je bos my mom call..ad urgent meeting..jadinye,my mom tngglkn aku dekat kedai photocopy and aku tnggu my mom abes meeting baru aku boleh kembali ke kolej aku..
Sementara aku mnunggu my mom ambil aku,aku baca buku mngenai feqh muamalat...my b,next week aku kne present bab tsebut..sementara baca,tbe2 tekak aku nie perit pula..terase ingin minum n makan somethng y ringan...aku pown singgah dekat cafe y berhampiran...selepas itu,my mom call nk hantar aku kembali ke kolej...hati berbunge-bunge bila buku y dicari sudah siap photocopy...alhmdulillah...syukur...>_<
Gejolak yang membuncah memenuhi dada ini…
Bersama asa yang rindu mendalam…
Dari hamba yang berlumur dosa dan kealpaan…
Berharap dapat bersua dengan-Mu…
Wahai Rabbul`alamiin…
Dengan taubat ku berharap…
Kuatkan jiwa ini mendatanginya…
Kokohkan langkah kaki ini menempuhnya…
Azzamkan niat ini dalam mencapainya…
Ikhlaskan hati ini menjalaninya…
Aku rindu…aku rindu…aku rindu…
Rindu berjumpa dengan-Mu dalam SYAHADAH…
Rindu bersua dengan-Mu dalam IMAN…
Rindu bersama-Mu dalam TAUHID…
Rindu indahnya hidup dalam naungan redha-Mu…
Syariat ISLAM…Daulah ISLAM…Khilafah ISLAM
Duhai Allah yang tiada sekutu bagi-Mu…
Hantarkanlah kerinduanku ini…
Mudahkanlah…
Lapangkanlah…
Tuk raih cita-cita…
KEMULIAAN HIDUP DALAM ISLAM, ATAU
KESYAHIDAN DALAM PERJUANGAN
Aku berharap termasuk yang Kau hantarkan….
Redhai dan kabulkanlah…
Amien ya Alloh, ya Rabbal`alamiin…
Monday, July 18, 2011
Panduan Pemakan Bersyariat...~~~
Islam sebagai agama luhur bukan setakat mengajar umatnya mengenai amalan ibadah semata-mata, sebaliknya Islam melengkapi segenap lapangan kehidupan manusia. Apa saja gerak kerja telah disediakan panduan lengkap, padat dan penuh berhikmah buat manusia. Hal itu termasuk dalam aspek gaya pemakanan.
Mengapa Islam turut memberi penekanan soal pemakanan? Di sini kita sewajarnya menelusuri sirah perjalanan Nabi s.a.w yang sentiasa mempamerkan jalur penghidupan terbaik yang mengajar umatnya bagaimana etika makan dan minum. Inilah yang dikatakan Islam bersifat universal dan menyeluruh.
Misalnya, dalam satu peringatan Allah berfirman, “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (Maksud Surah al-Baqarah ayat 168).
Ayat ini suatu panduan proaktif dalam membina kekuatan jasmani, emosi dan rohani manusia yang murni. Makanan halal lagi baik menjadi teras dalam ajaran Islam yang bukan semata-mata menjaga kelangsungan sihatnya jasmani, tetapi juga akan memercikkan kesihatan jiwa dan hati.
Malah, Islam meletakkan kebersihan dan kesempurnaan adab dan aturan pemakanan sebagai satu prasyarat dimakbulnya doa oleh Allah. Mukmin yang sentiasa memenuhkan perutnya dengan sumber makanan haram bukan saja dilarang Allah, tetapi segala munajat doanya tidak diperkenankan Allah.
Dalam satu kisah yang diceritakan Ibnu Mardawaih yang diperoleh daripada Ibnu Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, iaitu Saad Ibn Abu Waqqas memohon kepada Rasulullah supaya Baginda memohon kepada Allah agar dikabulkan segala doanya.
Berkata Rasulullah kepada Saad, “Wahai Saad. Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya daripada harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”
Justeru, melalui kisah tersebut nyatalah Islam sangat memberikan penekanan kepada aspek pemakanan dengan mengajak seluruh umatnya supaya berhati-hati memilih makanan serta menjauhi sumber haram.
Islam juga menekankan kepada gaya pemakanan yang bercorak sederhana dan tidak melampau. Menurut Imam Al-Ghazali terdapat enam sifat tercela yang berlaku akibat pola pemakanan yang melampau atau berlebihan. Kata beliau, antaranya timbul sikap malas untuk beribadah kepada Allah, tidak memberi tindak balas apabila mendengar perkataan yang penuh hikmah, apabila menyampaikan nasihat dan hikmah, maka penyampaiannya itu tidak menyentuh hati ramai orang. Yang paling penting kata Imam Al-Ghazali ialah akan menimbulkan banyak penyakit.
Demikian impak negatif daripada budaya pemakanan berlebihan. Kerana faktor itulah Islam menunjukkan jalan yang penuh berinti pati pencegahan, iaitu dengan mengamalkan pola pemakanan seimbang dan sederhana.
Dalam dunia serba moden, kita sentiasa disajikan di depan mata dengan aneka menu yang menyelerakan sehingga ada kalanya kita terlupa segala pesanan Rasulullah dan peringatan Allah agar bersederhana dalam makan dan minum.
Semua yang dilarang Allah mempunyai hikmah bermanfaat buat umat. Misalnya, Allah berfirman, “Makan dan minumlah kamu, jangan melampaui batas.” (Maksud Surah Al-A’raf ayat 31). Dalam ayat ini, Allah memerintahkan kita agar tidak melampau dalam aspek makan minum. Dengan erti kata lain, seseorang mukmin perlu bersederhana dan tidak mengikut nafsu.
Peringatan Allah supaya kita tidak berlebih-lebihan dalam makan minum ditinjau daripada perspektif sains kesihatan sememangnya menepati kehendak piawai sains moden. Terangkum padat dalam arahan Allah itu kemanfaatan buat umat manusia yang memelihara kualiti kesihatan fizikal dan mental.
Mari kita hayati sejenak apa yang pernah Nabi Daud wasiatkan. Katanya, “Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, ia seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dilihat oleh orang yang sakit.”
Bagaimana saudaraku yang dirahmati Allah? Betul atau tidak apa yang dikatakan Nabi Daud itu?
Sudah tentu kita bersetuju 100 peratus apa yang diluahkan baginda itu, tetapi memahami saja tidak mencukupi. Kita seharusnya menghayatinya dalam amalan kehidupan seharian.
Dr Adi Hashman, penulis buku ‘Mengapa Rasulullah s.a.w Tidak Sakit’ ada mengatakan dalam karyanya bahawa status kesihatan individu dipengaruhi makanan. Katanya lagi, faktor ini penting kerana menjadi faktor yang dapat dikendali dan dikawal. Orang yang memiliki prinsip ‘hidup untuk makan’ sebenarnya mempercepatkan ajal seperti menggali kubur dengan giginya sendiri.
Pelbagai penyakit muncul pada era moden ini berkaitan pola makan yang berlebihan serta sistem pemilihan makanan yang tidak betul atau makan dengan kekerapan tidak teratur.
Pada zaman Rasulullah terdapat seorang tabib atau doktor yang mendalami ilmu perubatan Galenik iaitu Haris Ibnu Kaladah dan beliau merumuskan ‘Perut itu punca segala penyakit.’ Manakala Rasulullah sendiri ada mengatakan, “Perut itu gudang penyakit.” (Hadis riwayat Muslim).
Jadi, untuk memastikan kualiti kesihatan jasmani dan emosi kita berada pada tahap berpiawai tinggi seharusnya kita menyusuri panduan yang diperturunkan Rasulullah khususnya dalam aspek pemakanan itu.
Allahualam....
Tuesday, July 12, 2011
ASAM PEDAS ANI...????
Tanpe dirancang....aku sekeluarge pergi mhantar adik aku ke asramanya y bertempat di Parit Raja,Batu Pahat...kami bertolak dr rumah pd pkul 10.30 pagi...sudah jadi kebiasaan kami semue bertolak pd pagi jika tiada masalah...
Kami tibe di batu phat dlm pkul 11.30 pg...awal plax kami tibe..Allah mmpermudahkan perjalanan kami sekeluarga...terime kasih ats nikmat-MU....tbe2 mom aku suggest nk pergi lunch kt ASAM PEDAS ANI... kwn mom aku y rekemen kn..dad aku pown drive mnuju kt sne...setibe perjalanan ke sana... ujan lebat mnuruni seiring dengan pjalanan kami sekeluarge...
Tbe di Asam Pedas Ani tepat pukul 12 tengahari...perut aku telah bkeroncong nie....
Sedap mkn mknn pnas2 nie ble waktu ujan...terutamanye mkn mknn favourite aku ikan masak asam pedas ngn kangkung msak belacan...fuuhhh~~~~...btul2 terangkat tu..
aku mkan tanpa memandang org sekeliling aku...usai mkn,aku minum segelas teh tarik bg mhilangkan haus ditekak...ermmmmm...lega rsenye...
Usai mkn,kami hantar adikku ke asramanye semula....lega atie aku ble melihat adik aku gembira sbb kami dapat mluangkan mase bersamenye sebelum antarnye pulang ke asramanya...
semoge Allah mmpermudahkn adikku menuntut ilmu terutamanye ilmu Allah...ilmu y hakiki...
AMIIIINNNNN...~~~
~~telah bertukar wajah....~~
Apa kbar smue....????okey...kali nie aku excited sgt2 nk tulis entry baru nie...aku nk y'all tahu bhawe surau y berade di Plaza Angsana,Johor Bharu (klik je) telah siap di renovated....
Surau y baru siap itu sgt selesa bg para muslimin utk menunaikan solat ....
First time aku melangkah msuk ke ruangn surau....~~~woooooowwww...~~aku teruje sgt dngan keindahan surau tersebut dengan berkonsepkan moden ....
Jadi kpde y'all y xpergi lagi....ringan2 kn bdn la ea menuju ke sana...~~~>_<
Ya Allah...ko berkatila idup hambamu ini spye hambamu ini tenang dan tabah dlm mnempuh sgale onak y melanda...Ya Allah..ko sucikan hati hambamu ini selaras dengn landasan-Mu...Ya Allah...ko bglah kemudahan dthadap hambamu ini agar mudah menunaikan suruhan-Mu...Ya Allah..hnye ko shje y mngetahui ap y tersirat n tersurat dlm takdirku ini....aku bersyukur ats nikmat y telah ko kurniakn Ya Allah..supaye hambamu ini berade di naungan-Mu Ya Allah...Aminnnnn Ya robbil'alamin...~~
Thursday, July 7, 2011
~~alhamdulilah...segalanye lancar..~~
Majlis Taaruf
-Malam nie kelab syariah dengan julung kalinya telah dirasmikan oleh pengerusi kelab kami,Aminnuddin Ramli...aku selau exco makanantelah mnyediakan juadah yang bersesuaian dengan kami semue...
Okey,kami semue diarahkan memakai pakaian serbe itam bg lelaki dan jubah itam bg perempuan..tudung ske atie ..nk colourful pown xpe..hehehe..
Majlis kami bermula pd 8.45 malam bertempat di Dewan Kuliah 1 kolej kami...tujuan kami mmbuat majlis ini adalah utk kami selaku senior berkenal-kenalan dengan junior kami..bagi merapatkan silaturrahim dikalangn kami semue...biar ukhuwah kami utuh....
Pelbagai aktiviti kami sediakan bg merapatkn ukhuwah y baru di bina ini...supaye lebih mesra dan saling mngenali dengan lebih dekat lg..
Selepas tamat majlis ini,kami diserikan dengan juadah y mnyelerakan...antara juadah y sempat kami sediakan adalah nasi putih,ayam masak merah,sayur campur,ikan masak kari dan juadah y paling "kaawwww" adalah smbal belacan...fuhhhhhhhh~~~~~!!!!btol...btol.....masyuk..mnyerap ke telinge tue...Selain ini,juadah kami diselangi dengan dessert bbur plut itam dengan puding y begitu massshhhuuukkk ble ngalir ke tekak....bg mhilangkn haus,telah disediakan mango juice n teh o limau ais...
Akhir sekali,kami teramat lega kerana majlis kami ini berjalan lancar dan dengan sokongn junior kami itu lah mmbuatkan majlis kami ini berjaya...
#sang hati:
syukur....alhmdlla...wlau pown bdn ku tidak segagah semalam..namun sang hati gembire dengan perancangn y sudah lame diaturkan....dan sang atie gembire apabila melihat orang sekeliling trut gembire...whai sang atie...pujuk la drimu supye sbar dengn ap y terjadi...di setiap ap y terjadi...mungkin ad tercalit kegembiraan y mungkin tidak pnah di alaminye...dengan tercalit kegembiraan itulah y mnjadikan memeori y manis y akn dikenang sampai ble2...semoge ukhuwah kami tetap utuh....Amiiiiinnnnnn~~Ya Robbil Alamin...
pada suatu ketika dahulu
satu pertemuan yang kita tak duga
kau dan aku bertemu
disatu tempat yang jauh
mungkin inilah yang dinamakan ketentuan tuhan
tetapi tidak lama selepas itu
hubungan kita terputus ditengah jalan
aku terus dengan kehidupanku
dan kau juga begitu
sepi hatiku kehilangan sahabat sepertimu
tidak dapat kulupakan kenangan bersamamu
tapi kini kau tidak lagi dimataku
tapi ada dihatiku
dengan ikatan persahabatan yang kukuh
ikhlas dari hati kita berdua
akhirnya kita bersua juga
dan kuharapkan pertemuan ini
berakhir dengan ajal yang ditentukan olehNYA
bukanlah kehendak aku
ataupun dirimu
Wednesday, July 6, 2011
~~SENARIO SEM BARU..~~
6 Jun 2011
Sudah hampir 1 bln da aku nek sem..fuhhhhh..~~~~!!!!MCM2 RAGAM NYE..buzy t'amat sgt..smpai kdg2 2 xde mse rehat utk diri sndiri..tpi aku cube utk mcari mase utk diri sndiri....maklum la kn da sem 5..mst la buzy kn....~~~
Tubuh Persatuan
Dalam tempoh bkenaan,mcm2 sudah berlaku....kali nie..aku n dak klas aku..ad buat loncatan paradikma dengan mnubuhkan persatuan utk kos kteowg je...hahahaahahaha
jenguh jgax ea nk handle...berkat dr smue siswa/i...maka lancarla persatuan kami semua ni...
Peraturan asrama diperketat kn
Adoooooyyyyy...~~~!!!
semenjak dpt warden baru nie...maka peraturan asrama diperketatkn..terutamanye aspuri....(~~~da mcm skool berasrama penuh da aku rase~~)..sbb wardennye tegas sgt....(tsedak warden aku..)kihx3..
kalau xpatuh dengan peraturan y ditetepkn,maka hangus la wang aku RM 30..
wlau mcm mne pown,aku akn sedaye-upaye mngikut praturan y ditetapkn itu...mgkin disetiap ap y tjadi,ad tcalit kebaikkn...mudah-mudahan la ea....
Madah sem 5
~~~uhhhhh.....~~(~~tarik nafas dalam2...~~)
ble melihat subjek utk sem 5 nie....waduhhhh....~~~!!berat sungguh utk aq mmpelajarinye...sbb pd sem 5 berkaitan dngn feqh...keseluruhan feqh...ting tong~~~!!! da otak aku nie...mudah-mudahan aku diberi kemudahan n keberkatan pd sem 5 nie..dngan adnye orang y aku sayangi di sekeliling aku nie,mmbuatkan aku lebih semangat utk mnempuh cabaran n dugaan y mnimpa.....~~~alhmdulillah....terime kasih ea Ya Allah sbb mngurniakan kwn2 y mmahami aku dan bersabar dengan karenah aku y masih keanak-anakkn ini...bsyukur aku thadap nikmat y telah Kamu berikn kpd ku ini.......
28 Jun 2011
Seoul Garden (juz klik je)
Curi kesibukkan masa...tdak mematah semangat aku utk enjoy di luar...~~kihx3..
Dalam ksibukkan aku dgn kwn y disekililing...aku masih lg sempat singgah ke seoul garden mase lunch time....(~~sbenarnye aku y over excited nk g..cz da lme da aku mngidam nk mkn kt sne~~~)...tbe2 je t'ingin mkn kt situ..
so,aku n kwn2 aku pown amek conclusion utk pergi...
first step entered,perut aku da bergendang da...xsbar2 aku nk mkn seafood y telah disediakn..
hmmmm...mcm2 plihan air n aiskrim trut disediakn...aku ambil sbanyak mgkin mknn utk mngisi perutku y dri pagi tadi kosong kerana kesibukkan mase kuliah...smbil berbual2 kosong utk mhilang kn steress di kple nie..okey...waktu asar mken hampir..kami pun pulang ke kolej dengan menaiki knderaan awam....~~~(perut aku da buncittttssssss...jln pown lambaaaattsss~~~)..hahahahaa..>_<